Rawatan Pagar Rumah merupakan perkhidmatan perlindungan spiritual secara Islamik yang bertujuan mengembalikan ketenangan, keselamatan dan keharmonian dalam kediaman anda dengan menggunakan kaedah Ruqyah Syar‘iyyah yang patuh syariah, berlandaskan Al-Quran, Sunnah dan doa-doa khusus yang terpilih. Tanpa penggunaan jampi, mantera, tangkal, azimat dan amalan khurafat.
Ini kerana….. keselamatan dan kesejahteraan sesebuah kediaman tidak hanya bergantung kepada struktur fizikal sahaja, tetapi turut dipengaruhi oleh kestabilan rohani @ spiritual didalamnya.
Kediaman yang tenang adalah asas kesejahteraan sebuah keluarga. Namun, dalam banyak kes yang kami kendalikan, gangguan spiritual di dalam rumah sering menjadi punca ketidakselesaan, tekanan emosi serta ketidakharmonian dalam keluarga.
Sebagai penyedia perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik, pihak kami menawarkan perkhidmatan Rawatan Pagar Rumah Islamik yang dilaksanakan secara Profesional, sistematik, berstruktur dan patuh syariah di seluruh Malaysia, dengan fokus utama di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di kawasan sekitarnya.
Setiap kali menjelang malam, rumah rasa lain macam. Terdengar bunyi tapak kaki berjalan dan suara bisikan. Angin sejuk terasa lalu tanpa sebab. Anak kecil menangis tanpa henti. Rezeki makin sempit. Penghuni rumah cepat marah tanpa alasan. Kadang… itu bukan kebetulan. Di sinilah kami sedia membantu merawat kediaman anda.
Ada rumah yang cantik… Ada rumah yang mewah… Tapi tak semua rumah TENANG. Kadang, di sebalik dinding yang berlampu moden, ada ‘SESUATU’ yang bergerak dalam diam. Energi negatif yang tak nampak dek mata… tetapi dirasai oleh setiap penghuni. Jika perkara ini berlaku, itu tandanya Rawatan Pagar Rumah diperlukan segera.
Apabila suasana rumah mula terasa ‘SURAM’, emosi penghuni mula jadi tak stabil. Kadang-kadang di sebalik langsir yang cantik, di bawah lampu yang bersinar, ada sesuatu yang tidak disedari, bergerak dalam diam. Sesuatu yang tidak diundang tetapi kerap bertandang. Jangan dibiarkan ini terus berlarutan. Rawatan Pagar Rumah mungkin solusi yang dicari.
Perkhidmatan Rawatan Pagar Rumah ini disediakan khas untuk:-
Antara sebab anda perlu dapatkan Rawatan Pagar Rumah dari RawatanPagarRumah.com adalah:-
Perawat profesional berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perawat berpengalaman dan berkemahiran serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Rawatan perlindungan menyeluruh untuk rumah dan keluarga daripada gangguan makhluk halus.
Sesuai untuk rumah baru, rumah lama atau rumah lepas renovasi.
Setiap rumah dinilai ikut simptom & situasi sebenar, bukan pukul rata sahaja.
Privasi terjamin. Tiada orang luar atau kehadiran pihak ketiga dan yang paling penting, maklumat anda dirahsiakan.
Tiada rakaman audio dan video dilakukan sepanjang sesi rawatan.
Membantu mengusir makhluk halus dan energi negatif.
Membina ‘PERISAI’ spiritual pada setiap ruang dan penjuru rumah.
Melindungi keluarga daripada gangguan spiritual seperti sihir dan makhluk halus.
Mengembalikan semula keharmonian penghuni rumah.
Membantu menenangkan emosi dan spiritual penghuni rumah.
Menjadikan rumah lebih selamat, diberkati dan selesa untuk diduduki.
Menarik keberkatan rezeki dan ketenangan yang berterusan.
Rawatan perlindungan menyeluruh seluruh ruang kediaman untuk menutup setiap sudut dan ruang zahir dan batin rumah anda daripada gangguan makhluk halus, memulihkan keharmonian rumah dan menjaga kesejahteraan keluarga dengan kaedah rawatan patuh syariah berasaskan Al-Quran dan Sunnah serta doa-doa terpilih.
Ya. Rawatan 100% mengikut syariat. Rawatan menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir, doa, ruqyah, solat hajat dan bacaan Yaasiin sebelum aktiviti pemagaran dilakukan. Tanpa unsur khurafat.
Secara keseluruhan biasanya mengambil masa anggaran 4 – 5 jam bermula Maghrib sehingga selesai dan bergantung kepada tahap gangguan rumah dan juga tahap gangguan penghuni rumah.
Ya. Perkhidmatan Rawatan Pagar Rumah disediakan di seluruh Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di kawasan sekitarnya.
Untuk rumah ‘landed’, hanya sediakan air mineral, garam kasar dan lada hitam sahaja. Semasa aktiviti pemagaran dilakukan, buka pintu dan tingkap tertentu mengikut arahan perawat.
Ya. Kos rawatan mengambil kira keluasan, bilangan tingkat dan lokasi kritikal.
Sangat sesuai. Rawatan ini juga ekslusif untuk kediaman mewah dan pelanggan berprofil tinggi.
Sangat sesuai. Selain rawatan pagar rumah, perkhidmatan memagar kedai, pejabat, taska, tadika, homestay, AirBnB, restoran, butik, salun, klinik dan premis perniagaan lain juga turut disediakan. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan slot rawatan.
Ya. Rawatan ini dikhaskan untuk gangguan ringan hingga berat.Gangguan baru dan lama. Selepas sesi Rawatan Pagar Rumah, rawatan ruqyah secara beramai-ramai untuk seluruh ahli keluarga juga turut dilakukan untuk memberi kesan yang optimum.
Ya. Penetapan kos mengambil kira keluasan rumah, bilangan tingkat serta keadaan gangguan semasa.
Ya. Privasi pelanggan adalah keutamaan kami.
Rumah bukan sekadar tempat tinggal. Ia benteng keselamatan keluarga. Ia tidak layak dipenuhi dengan entiti, kelibat, bayangan dan lintasan yang tidak diundang. Rumah menjadi tempat keluarga berlindung.
Rumah juga merupakan madrasah pertama, tempat bermulanya pembentukan iman, akhlak dan ketenangan jiwa seisi keluarga. Jika terasa suasana rumah mula berubah, jangan biarkan ia berpanjangan. Jangan tunggu sampai menjadi lebih teruk. Jangan biarkan gangguan terus merosakkan keharmonian keluarga.
Ini bukan isu fizikal semata-mata… tetapi melibatkan isu rohani dan spiritual yang perlu dirawat dengan pendekatan Islamik.
Ketenangan keluarga anda sangat berharga dan tidak ternilai.
Dapatkan Konsultasi Percuma sebelum menempah slot Rawatan Pagar Rumah hari ini!! Kami sedia membantu dengan pendekatan Profesional, berintegriti dan patuh syariah.

+6011-12762166 (HOTLINE & WHATSAPP)
Sila WhatsApp sekiranya panggilan anda tidak dijawab kerana kemungkinan Perawat sedang melakukan rawatan ketika anda membuat panggilan.
Sila hubungi pihak kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau ingin menempah slot Rawatan Pagar Rumah.
Semua slot Rawatan Pagar Rumah perlu ditempah lebih awal kerana jadual rawatan kami sangat padat. Walau bagaimanapun ia masih bergantung kepada kekosongan slot rawatan yang ada.

Persetujuan untuk hadir ke lokasi rawatan (rumah @ premis) tertakluk kepada semua terma dan syarat yang dipersetujui bersama. Tiada obligasi.
© 2026 RawatanPagarRumah.com | Semua Hak Cipta Terpelihara